April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 27 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini dengan gaya lazimnya mendabik dada mengatakan mampu membangunkan negara tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST), namun beliau terlupa betapa banyak aset kerajaan terpaksa diswastakan bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan kerajaan sewaktu pemerintahannya.

Jika tindakan menjual aset negara terus dilakukan bagi menampung kekurangan hasil akibat pemansuhan GST, maka ini akan meletakkan Malaysia sebagai ‘harimau yang tidak bertaring’ dan bukannya Harimau Asia.

Menurut Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Dr. K. Kenneth Eswaran, janji memansuhkan GST hanya ‘drama’ Dr. Mahathir yang terdesak mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Katanya, sedangkan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu ibarat bermimpi di siang hari apabila membandingkan situasi zaman pemerintahannya dengan zaman sekarang.

“Cabaran ekonomi ketika ini lebih hebat berbanding zaman Dr. Mahathir memerintah dahulu. Beliau membangunkan negara tanpa mempedulikan nasib keseluruhan rakyat.

“Amalan kronisme dan nepotisme menjadi pegangan beliau dan menyebabkan hanya pihak tertentu mendapat keuntungan seperti mana didakwa seteru politiknya yang kini menjadi rakan beliau,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Sementara itu, Kenneth menyeru semua rakyat agar tidak terpedaya dengan Dr. Mahathir yang sering mengubah pendiriannya lebih-lebih lagi selepas bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

“Saya juga percaya Dr. Mahathir mungkin melakukan semua ini hanya untuk memastikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri seperti mana pandangan ramai pemerhati,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons