April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 27 Mac – Mbits Digital hari ini mengumumkan perkhidmatan penyiaran digital MVTV Asia menggunakan aplikasi yang boleh diakses melalui telefon bimbit, set top box dan televisyen (TV) pintar.

MVTV Asia membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai kandungan berkualiti termasuk dari dalam dan luar negara.

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik MVTV Asia juga menjalinkan kerjasama dengan ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau.

Tidak melupakan kemampuan produk negara sendiri, MVTV Asia turut memperkenalkan Inspirasi YES Malaysia yang akan membawa pelbagai produk terbaik negara ke seluruh dunia antaranya Memori KampungKU dan Bintang Sejuta.

Berkongsi komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik, Ketua Pengarah Eksekutif, MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi memberitahu, pihaknya mengalu-alukan kehadiran lebih ramai rakan kongsi khususnya dari Asia dalam memberikan kandungan yang lebih menarik buat pengguna aplikasi mereka.

“Kami juga meperkenalkan sistem digital pengiklanan bersama rakan Fractalist dan Adinall dari China untuk menawarkan digital kempen yang berkesan kepada pelanggan korporat dan industri pengiklanan.

“Rakan kami dari TamicoBell Asia pula akan memastikan rangkaian cawangan elektronik untuk pemasaran dan pengedaran peranti pintar MVTV Asia kepada pengguna Malaysia dan Asia,” katanya.

Sementara itu MVTV Asia yang merupakan perkhidmatan penyiaran digital yang membolehkan pengguna untuk menonton kandungan berkualiti baik yang ditawarkan oleh rakan serantau melalui peranti pintar.

Perkhidmatan ini boleh diakses sepenuhnya bermula Jun tahun ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons