Oleh : NAJAMUDDIN MOHD NOR
Jika tidak kerana politik kotor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali, PAS tidak perlu bersusah payah mengadu kepada Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah susulan tindakan sekatan peruntukan wang
ADUN kepada wakil rakyat parti itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengingatkan Azmin
supaya tidak perlu merumitkan keadaan dan menafikan hak yang sepatutnya
diterima oleh ADUN PAS di Selangor.
“Apa yang dilakukan oleh Azmin itu sepatutnya tidak berlaku begitu.
“Sepatutnya tidak dipolitikkan. Itu hak kepada ADUN bagi mendapatkan
saluran dan salurkan kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas
Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera di Shah Alam, pada Ahad.
Sebelum ini hangat dilaporkan kesemua ADUN PAS terpaksa menggunakan
wang peribadi mereka untuk menjalankan program-program mesra rakyat
hingga mencecah hampir RM700,000.
Lantaran itu, PAS Selangor terpaksa menyerahkan satu surat rasmi
kepada Sultan Selangor bagi mengadu sekatan peruntukan tahunan kepada
wakil rakyat parti pada pertengahan Mac lalu.
Bagaimanapun, semalam ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman
memberitahu, semua wakil rakyat PAS sudah mula mendapat peruntukan itu
daripada kerajaan pimpinan Azmin.
No Comments