April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Dr Wee Ka Siong mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng untuk menyaman beliau jika ada kenyataan beliau berkaitan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang adalah palsu. Dr Wee yang juga Timbalan Presiden MCA berkata beliau sedang menunggu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyamannya. Kata beliau,

Selama ini, saya telah menggunakan kenyataan yang dikeluarkan Guan Eng sendiri untuk membenarkan tuntutan saya. Dia boleh menafikannya dan mengatakan bahawa ianya tidak relevan dan tidak penting. Bagaimana mungkin ia tidak penting apabila beliau sendiri berkata demikian? Saya boleh meletakkan kerusi VIP untuk menjelaskan apa yang anda mahukan.

Dr Wee mencabar Joseph Lim Guan Eng hadir dalam sessi ceramah beliau di Butterworth pada hari Jumaat, 30 Mac minggu hadapan. Malah Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai juga sebelum ini telah memberi lampu hijau kepada kedua-dua belah pihak untuk mengadakan perdebatan ini. 

DS Liow mengatakan Lim Guan Eng sepatutnya tidak menggunakan alasan beliau sebagai orang tertinggi dalam hierarki parti sebagai Setiausaha Agong DAP untuk membuat alasan untuk mengelakkan perdebatan ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons