April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Rata-rata
pengamal undang-undang mempersoal kewajaran pembentangan Rang
Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang menyaksikan hukuman
denda sehingga RM500,000 atau penjara 10 tahun.

Peguam Syahredzan Johan menyifatkan akta baharu itu benar-benar
menakutkan walaupun tidak dikait dengan keselamatan negara atau
ketenteraman awam.

Menurutnya, undang-undang lain menjejaskan ucapan atau ekspresi
sebagai ancaman kepada keselamatan negara atau ketenteraman awam selain
menyebabkan kerosakan kepada orang lain.

“Pihak pendakwa tidak perlu menyatakan bahawa ‘berita palsu’
diarahkan kepada orang lain. Adalah cukup bahawa maklumat palsu atau
sebahagiannya palsu.

“Rang undang-undang ini pada hakikatnya membenarkan negara untuk
memutuskan apa yang benar dan palsu. Itu adalah prospek yang benar-benar
menakutkan,” dipetik daripada statusnya di Facebook.

Syahredzan Johan

Beliau berpendapat individu yang terlibat dengan penghasilan karya
berbentuk satira turut berisiko dikenakan tindakan mengikut
undang-undang tersebut walaupun tidak dinyatakan secara khusus dalam
takrifan akta itu.

“Takrif ‘berita palsu’ dalam rang undang-undang adalah maklumat yang benar-benar atau sebahagiannya palsu.

“Ingatlah, karya Zunar juga sindiran politik. Dan dia telah
ditangkap, dibebankan, telah disita buku-buku dan lain-lain, dan
undang-undang itu (Akta Hasutan) juga tidak menyatakan dengan jelas,”
tambahnya.

“Berita palsu” dalam RUU itu ditakrifkan sebagai “apa-apa berita,
maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhannya
adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio
atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau
idea”.

Dalam hal berkaitan, peguam Farhan Haziq pula menegur pandangan lazim
yang kerap mengaitkan langkah menggubal undang-undang baharu dengan hal
sama dilaksanakan negara lain.

Padahal, tegasnya, apa yang menyedihkan undang-undang yang cuba untuk
dikuatkuasakan tidak menyeluruh seperti dibuat di negara lain.

“Tipikal. Apabila kita membuat undang-undang atau dasar kontroversi
yang baru, kita kemudian berkata, negara-negara lain melakukan perkara
yang sama. Tetapi, terdapat banyak perkara yang baik, kita tidak ikuti.

“Hanya untuk kontroversi dan mempunyai kecenderungan membahayakan hak
asasi manusia, kita ingin ikut. Perlindungan itu sentiasa untuk
kerajaan dan campur tangan mahkamah akan selalu terhad,” ujarnya di
Facebook beliau hari ini.

Farhan Haziq

Terdahulu, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan , Tan Sri Dr Rais Yatim
secara terbuka menerusi tweetnya menyeru agar semua rakyat Malaysia
meneliti akta baharu itu.

“Semua warga harus meneliti Rang Undang2 Anti Berita Tak Benar yg
kini dibentang di Dewan Rakyat. Implikasinya amat luas termasuk terhadap
kerajaan, badan, NGO dan individu.

“Kerja tambahan kpd PDRM dan pendakwaan. Tumpu kepada pemahaman dan
takrif ‘berita tidak benar’ – apa dia?” soalnya yang mempunyai latar
belakang undang-undang.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina
Othman Said membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak
Benar 2018 untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat.

Akta itu akan diguna pakai jika sebarang berita tidak benar dikaitkan dengan Malaysia atau rakyat Malaysia.

Tindakan mengikut peruntukan tersebut juga boleh dikenakan kepada
individu atau mana-mana pihak yang menyiarkan berita tidak benar
walaupun kesalahan itu bukan dilakukan oleh rakyat Malaysia dan
dilakukan di luar negara.

Undang-undang itu turut mengenakan hukuman ke atas individu yang
menyediakan bantuan kewangan kepada pihak yang menghasilkan dan
menyebarkan berita tidak benar.

Untuk rekod, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
telah membuka 45 kertas siasatan sejak Januari 2017 bagi kes berhubung
penyebaran berita palsu di pelbagai platform media sosial.

Terdapat empat kes telah dihadapkan ke mahkamah daripada jumlah tersebut bagi tindakan selanjutnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons