April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Azmin Ali mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
bersikap terburu-buru, walaupun ia mempunyai masa sehingga September ini
untuk menyiapkan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan
raya dengan teliti.

“Mengapa terburu-buru, SPR ada masa sehingga September 2018, kenapa
tergesa-gesa? Adakah SPR ini mengikut kehendak Umno dan Barisan Nasional
(BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14?” soalnya ketika
membahaskan usul mengenai laporan kajian semula persempadanan di Dewan
Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, kajian semula persempadanan yang
dilakukan SPR ke atas Selangor tidak adil dan bertentangan Fasal 2
Perlembagaan Persekutuan, iaitu jumlah pengundi haruslah sama banyak.

“Kita yang gubal Perlembagaan Persekutuan, tetapi Umno dan BN yang
cabul Perlembagaan. Purata pengundi di Selangor untuk setiap DUN
seharusnya adalah sebanyak 43,190 pengundi.

“Tetapi, sebanyak 33 kawasan DUN daripada 56 DUN yang ada dalam
Selangor, jumlah pengundinya lebih daripada 43,190 pengundi. Adakah SPR
tidak nampak?”

Timbalan presiden PKR itu turut mendakwa kajian semula persempadanan yang dilakukan SPR sekadar untuk memenangkan BN dalam PRU.

Menteri besar Selangor itu berkata, sejarah membuktikan setiap kali
kajian semula persempadanan dilakukan, jumlah kerusi dimenangi BN akan
bertambah berbanding PRU sebelumnya.

“Pada 1999, BN menang peratus undi popular sebanyak 63.9% dan
persempadanan semula dilakukan pada 2003, biarpun undi popular merosot,
namun jumlah kerusi (dimenangi) meningkat dalam kadar tidak munasabah.

“Pada 2013, Pakatan Rakyat memperolehi 52% undi popular, namun
disebabkan persempadanan yang tidak adil menyebabkan BN curi kemenangan
dari Pakatan Rakyat.

“Kalau persempadanan ini adil dan berintegriti, Pakatan Rakyat sudah
ada di sana (blok kerajaan) untuk tadbir kerajaan persekutuan,”
dakwanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons