April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 28 Mac – Kajian daun ketum akan diteruskan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi (IPT) serta syarikat luar negara berikutan permintaan tinggi dalam pasaran eksport ke luar negara.



ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

Pengarah Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, usaha tersebut juga penting bagi membolehkan penanaman ketum dibenarkan di negara ini dengan persetujuan dan mengikut kawalan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) supaya tidak disalah gunakan.

Malah, katanya, berdasarkan kajian sebelum ini kelulusan penanaman ketum juga dapat mendatangkan manfaat kepada bidang perubatan dan menjana ekonomi penduduk luar bandar di samping rawatan alternatif masalah ketagihan dadah seperti kokain.

“Banyak rawatan alternatif yang menggunakan daun ketum. Kajian sudah ada. Hanya menunggu kelulusan sahaja. Selain itu, permintaan di luar negara juga meningkat kerana kualiti yang ada pada daun ketum di negara ini lebih baik berbanding negara lain.

“Jadi mengapa kita masih tidak benarkan daun ini ditanam? Negara seperti Filipina dan Indonesia telah mengeksportnya ke pasaran luar negara. Jangan dikaitkan ia dengan penyalahgunaan kerana banyak benda lain seperti ubat batuk dan gam turut di guna untuk perkara negatif,” katanya ketika menghadiri taklimat daun ketum bersama agensi kerajaan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pusat Racun Negara, Profesor Datuk Mohamed Isa Abdul Majid dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Khairuddin ES Abd. Samad

Dalam pada itu, Zahidi berharap daun ketum mampu menjadi salah satu khazanah negara yang perlu dipelihara termasuk dipatenkan berikutan permintaan pelbagai pihak sebelum ini.

“Ada yang mahukan ia dalam bentuk mentah dan ada mahukan dalam bentuk pil. Penyelidik luar negara sedar berkenaan kebaikan daun ini dan mereka akan terus menjalankan kajian.

“Oleh itu, perkara ini perlu dilihat secara serius. Kalau sekat pun tidak membawa apa-apa perkembangan kerana ia turut terbukti boleh digunakan untuk rawatan ketagihan dadah,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons