April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Untuk kembali mengikuti sidang Parlimen, peguam yang
mewakili Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo telah memohon mahkamah menangguh
prosiding rasuah yang sedang dibicarakan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail
membenarkan prosiding itu ditangguhkan kepada 9 April dengan
mengosongkan tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat bagi membolehkan
Guan Eng dan Gobind yang kedua-dua Ahli Parlimen DAP untuk berurusan
berkaitan parlimen.

Permohonan itu dibuat bagi membolehkan Gobind selaku Ahli Parlimen
Puchong dan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menghadiri sesi Dewan
Rakyat bagi pembentangan Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018
dan usul persempadanan semula.

Sebelum itu, saksi ke-25 pendakwaan, Penolong Pengarah Bahagian
Pendaftaran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang, Mohd Syukri
Mohd Mokhtar, 33, memberitahu mahkamah bahawa Lot tanah banglo milik
ahli perniagaan Phang Li Koon beralamat di No 25 Jalan Pinhorn telah dipindah milik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada tahun 2015.

Mohd Syukri yang membacakan pernyataan saksi, berkata lot tanah
banglo itu dipindah milik kepada Guan Eng sebanyak 1/1 bahagian dan ia
adalah jenis pegangan kekal yang berkeluasan 944 meter persegi.

Tambahnya, tanah berkenaan berstatus ‘Gred Satu’ iaitu pemiliknya
tidak perlu mengemukakan permohonan untuk menukar syarat sekiranya ingin
mengubah kegunaan tanah sama ada kepada tanah berstatus industri,
pertanian atau pembangunan.

“Saya sahkan bahawa geran tanah serta Borang B1 (pelan tanah) adalah
di dalam simpanan rekod Pejabat Tanah dan Galian dan saya sudah
kemukakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Carian rasmi tanah ini menunjukkan alamat bagi lot tanah berkaitan
adalah di No 25 Jalan Pinhorn, Georgetown, pemilikan tanah terkini
adalah atas nama Lim Guan Eng,” katanya.

Terdahulu Mohd Syukri berkata rujukan ke atas nombor perserahan
menunjukkan bahawa lot tanah banglo itu sebelum ini dipindah milik
daripada Ming Holdings (M) Sdn Bhd kepada Li Koon pada 2 Disember 2008.

Sementara itu, bekas Penolong Pengurus Cawangan Maybank Islamic di
antara tahun 1981 dan 2015, Ooi Beng Joo, 57, berkata Guan Eng
mengeluarkan cek berjumlah RM100,000 atas nama Li Koon yang bertarikh 20
Mei 2014.

Saksi ke-23 pendakwaan itu yang membacakan pernyataan saksi berkata,
berdasarkan kepada penyata bank akaun Guan Eng daripada tempoh Mei 2014
sehingga Ogos 2015, disahkan bahawa tiada transaksi pengeluaran wang
dalam jumlah itu melalui cek terbabit.

Beng Joo berkata, jika cek itu tidak dimasukkan ke dalam akaun (bank-in) dalam masa enam bulan, ia tidak akan laku.

Saksi itu turut mengesahkan berhubung cek berjumlah RM420,000 milik
Guan Eng bertarikh 17 Ogos 2015 yang dimasukkan ke dalam akaun Li Koon.

Katanya, berdasarkan penyata akaun bank Guan Eng pada Ogos 2015,
beliau mengesahkan bahawa terdapat satu transaksi pengeluaran wang pada
26 Ogos 2015 iaitu ‘transaksi inward clearing cheque’ sebanyak RM420,000
melalui cek berkenaan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons