April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan badan bukan kerajaan yang berkenaan bagi memastikan hak pengguna terjamin berikutan penggabungan GRAB dan UBER di Asia Tenggara. Dalam kenyataan hari ini, SPAD menegaskan pendirian suruhanjaya itu terhadap pengawalseliaan sektor e-hailing tidak berubah dengan penggabungan tersebut.

Pihak Suruhanjaya akan terus memantau dan menyelia sektor ‘e-hailing’ berdasarkan rangka perundangan dan polisi yang sedia ada agar industri ini mampu berkembang sejajar dengan medan persaingan yang sihat, tahap keselamatan operasi yang baik, serta memastikan kebajikan penumpang dan pemandu sentiasa terpelihara.


Antara keluhan yang kedengaran di media-media sosial adalah dengan pergabungan GRAB dan UBER di Asia Tenggara, monopli akan berlaku di dalam industri pengangkutan awam yang menggunakan ‘e-hailing’. Pastinya, penumpang akan menghadapi kenaikan tambang. Manakala bagi pihak pemandu pula, tanpa persaingan, syarikat GRAB berkemungkinan besar akan meningkatkan kadar komisyen atau mengurangkan bantuan manakala akan berlaku ketidakpastian untuk kod diskaun.

Semalam, Ketua GRAB Malaysia, Sean Goh berkata penggabungan itu dijangka dapat memacu syarikat dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. Kenyataan Media SPAD adalah seperti di bawah:



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons