April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Parlimen bakal hangat di dalam dan di luar Dewan hari ini, ketika Kerajaan bersiap sedia untuk membentang, membahas dan meluluskan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dijangka membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi ini. Di luar kawasan Parlimen, kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH menggerakkan bantahan terhadap laporan SPR itu, yang didakwanya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam menghadapi PRU ke 14 akan datang.


Persempadanan semula bakal menjadi alasan buat Pakatan Harapan sekiranya mereka kalah teruk di dalam PRU kali ini. Pada PRU ke 13, Pakatan Pembangkang menggunakan media asing untuk menampakkan pilihanraya di Malaysia kelihatan kotor. Antara isu yang digunakan adalah mereka menuduh terdapat 40,000 pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus. 

Pasca PRU13, tuduhan terhadap pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus didapati palsu selepas PRU13. Tambahan pula BERSIH sendiri mengakui tidak ada bukti mengenai perkara itu. Baca artikel, ‘DAP man concurs Pemantau’s findings of no foreign voters,blackouts’ di sini.

Oleh itu, Pakatan tidak boleh menggunakan isu-isu lama lagi dan harus menumpukan perhatian mereka pada isu baru. Dalam PRU14, isu yang akan digunakan oleh mereka adalah persempadanan semula, walaupun pada hakikatnya mengikut undang-undang, persempadanan semula sepatutnya berlaku setiap lapan tahun.

Berikut adalah beberapa serangan media asing sejurus sebelum PRU13 yang menuduh Malaysia menggunakan pengundi hantu untuk ‘merompak’ pilihan raya: 

CNN: The democracy crisis in Malaysia: foreign workers are employed for fraud votings in the General Election. Baca di sini.
Hufftingtonpost: Election Fraud in Malaysia. Baca di sini.
Reuters: Malaysia’s Anwar raises voter fraud alarm ahead of election. Baca di sini.
The Economist: A dangerous result. Baca di sini.
Al Jazeera: Will elections in Malaysia be free or fair? Baca di sini.

Al Jazeera: Opposition protests Malaysia vote ‘fraud’

https://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/05/201358174111284884.html

CNN: DIRTY Election in Malaysia. Baca di sini.
The Telegraph: Malaysian opposition rallies amid claims of widespread electoral fraud. Baca di sini.

Pembangkang terutamanya DAP telah mengatakan bahawa setiap pilihan raya sejak tahun 1990 akan menjadi pilihanraya “paling kotor dalam sejarah”. Mereka sekali lagi menyebut bahawa PRU14 adalah yang “paling kotor” dalam sejarah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons