April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 28 Mac – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN diberi amaran untuk tidak meremehkan kekuatan Pas menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Mohd. Shafie Ngah berkata, meskipun sering dikritik dan dibuli oleh kedua-dua parti tersebut Pas tetap yakin dapat mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita ada pengalaman berhadapan UMNO sejak sebelum merdeka lagi, namun mereka yang membuli kita ini baru sehari dua belajar lawan UMNO. Jangan buli dan merendahkan Pas,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Terima Kasih Rakyat di Pandan Indah di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad dan ahli Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, menurut Iskandar yang juga merupakan ahli Exco kerajaan negeri Selangor merangkap ADUN Cempaka, majlis yang diadakan pada malam ini bertujuan menyambut 10 tahun pencapaian Pas di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Majlis malam ini dianjurkan selepas kerajaan PKR Selangor mengadakan majlis sambutan 10 tahun pada 17 Mac lepas.

“Meskipun dijemput, exco-exco Pas di dalam kerajaan negeri Selangor tidak diberikan peluang membentangkan pencapaian mereka sedangkan ahli exco daripada PKR dan DAP diberi peluang tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons