April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KENINGAU 28 Mac – Kerajaan telah membelanjakan lebih RM24.2 juta sebagai bayaran insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada seramai 18,911 pekebun kecil di negeri ini antara September 2015 hingga Disember tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno.



Sairin Karno

Sairin Karno

Katanya, insentif berkenaan diberikan kepada penoreh dan pekebun kecil getah bertujuan meringankan beban mereka kesan kejatuhan harga getah di samping sebagai galakan untuk terus menoreh walaupun harga getah di pasaran merudum.


”Kerajaan membayar RM5.50 sekilogram bagi Getah Bermutu Tinggi Malaysia (SMR 20 FOB) dan getah beku (cuplumps) pada paras RM2.20 sekilogram,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemindahan Teknologi dan Khidmat Sokongan Pekebun Kecil Keningau di sini hari ini.

Seramai 300 pekebun kecil terpilih di Keningau menghadiri majlis yang dianjurkan bersama oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan RISDA.

Sairin berkata, melalui Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM261 juta untuk diagihkan kepada pekebun kecil getah yang layak di bawah Program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).


Katanya pembayaran BMT bernilai RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan kepada pekebun kecil getah di Sabah sudah dibuat pada bulan November, Disember 2017 dan Januari 2018.

Menyentuh majlis berkenaan, Sairin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan berkata, objektif utama majlis Pemindahan Teknologi dan Khidmat Sokongan Pekebun Kecil Keningau ialah untuk memberi golongan pekebun fokus kefahaman mengenai Amalan Pertanian Baik.

Dalam perkembangan lain, Sairin berkata kerajaan negeri telah mewujudkan beberapa buah kilang pemprosesan getah di beberapa buah daerah di Sabah bagi menambah baik kualiti pengeluaran getah asli di kalangan pekebun kecil di negeri ini untuk pasaran eksport.

“Kita memiliki dua buah kilang yang mengeluarkan Getah Bermutu Tinggi Malaysia atau dikenali sebagai SMR iaitu di Tenom dan Tuaran yang masing-masing berkapasiti 12,000 tan dan 60,000 tan setahun.

“LIGS juga memiliki sebuah kilang memproses Latek Pekat (Lateks Concentrate – LC) di Tuaran dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1,800 tan setahun,” katanya. – BERNAMA.

 

 

 

 





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons