April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 28 Mac – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggariskan beberapa cadangan bagi mengatasi isu rempit dan basikal lajak melibatkan kanak-kanak dan remaja termasuk mewujudkan silibus khas berkenaan keselamatan dan undang-undang jalan raya kepada pelajar sekolah.



azizah mohd dun

Azizah Mohd Dun

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata cadangan yang diperoleh menerusi Perbincangan Meja Bulat Mengenai Isu-Isu Sosial Kanak-Kanak dan Remaja pada 22 Mac lalu itu bertujuan menimbulkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak dan remaja akan bahaya berlumba motosikal atau basikal lajak.

“Antara cadangan lain ialah menurunkan had umur remaja untuk memohon lesen motosikal kepada 14 atau 15 tahun dengan beberapa syarat tambahan iaitu mereka yang telah mendapat lesen hanya boleh menunggang motosikal di kawasan tertentu sahaja seperti taman perumahan serta menetapkan tempoh yang dibenarkan untuk menunggang iaitu antara 7 pagi hingga 8 malam.

“Selain itu, kementerian turut bercadang mewujudkan gelanggang khas untuk perlumbaan motosikal bagi mencungkil bakat anak muda di samping membolehkan golongan muda ini melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih sihat,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, Azizah berkata kementerian memperuntukkan sejumlah RM1,966,500 bagi menampung perbelanjaan dan operasi Program Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PAWE) sepanjang tahun ini.

“Sehingga Disember lalu seramai 34,764 warga emas telah mendapat manfaat daripada penubuhan 59 buah PAWE di seluruh negara.

“Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) turut bercadang menubuhkan 222 buah PAWE mengikut kawasan parlimen iaitu (1 Parlimen, 1 PAWE) dengan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi penambahan tersebut,” katanya. – BERNAMA





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons