April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU – Dianggarkan terdapat lebih 30,000 kanak-kanak autisme di negara ini yang masih belum berdaftar dengan mana-mana persatuan berkaitan.



RUWINAH ABDUL KARIM

RUWINAH ABDUL KARIM

Menurut Presiden Kanak-kanak Autisme Johor, Ruwinah Abdul Karim, setakat ini terdapat kira-kira 30,000 sahaja kanak-kanak autisme yang berdaftar dan jumlah tersebut dianggarkan kurang separuh daripada jumlah sebenar kanak-kanak yang mengidap autisme di negara ini.

“Kita tidak mempunyai statistik mengenai jumlah sebenar kanak-kanak yang mengidap autisme di negara ini tetapi setakat ini, kita hanya mempunyai sekitar 30,000 sahaja kanak-kanak autisme yang berdaftar di seluruh negara.

“Namun, kita percaya jumlah tersebut hanyalah separuh daripada jumlah sebenar kanak-kanak autisme di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Kemuncak Austisme Johor di sini sebentar tadi.

Jelas Ruwinah, perkara tersebut mungkin disebabkan terdapat ibu bapa yang tidak menyedari atau sering menafikan bahawa anak mereka mengidap penyakit berkenaan selain kesilapan diagnosis daripada doktor. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons