April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SOAL adil dalam penentuan kawasan pilihan raya tak kan mungkin ada jawapan yang sama bagi setiap parti politik. Masing-masing ada pertimbangan atau lebih tepat citarasa tersendiri.

SOAL adil dalam penentuan kawasan pilihan raya tak kan mungkin ada jawapan yang sama bagi setiap parti politik. Masing-masing ada pertimbangan atau lebih tepat citarasa tersendiri.

Sebab itu, prinsip asas dalam sistem ‘first past the post’ adalah bukan undi popular tetapi kemenangan yang mencerminkan sokongan majoriti rakyat merentas geografi negara.

Di United Kingdom (UK) pada 1951, Parti Buruh meraih undi lebih daripada Konservatif tetapi akhirnya tetap tidak dapat jadi kerajaan.

Berdasarkan ulasan, kemenangan Buruh banyak di kawasan bandar dan mereka menang dengan selesa di kawasan selamat tetapi berbeza dengan lawan yang lebih banyak menang di kawasan marginal.

Jika ada peta UK, tompok warna kemenangan Buruh tidak meluas berbanding Konservatif yang merentas England, Scotland, Wales dan Ireland Utara yang membentuk UK.

Begitu juga calon Demokrat, Hillary Clinton, walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang lalu, tetapi kemenangannya tertumpu di bandar raya utama.

 

Ini seperti mana DAP di negara ini, menang terlalu selesa di kerusi-kerusi kawasan bandar sekali gus menjadi penyumbang utama kepada kemenangan undi popular pakatan pembangkang sebelum ini.

Namun apakah mereka mencerminkan demografi sebenar pengundi di Malaysia? Tentunya tidak dan secara persepsinya, itulah mungkin penyebab mengapa Kit Siang jadi seperti semalam sehingga digantung sesi Parlimen selama enam bulan.

Justeru, SPR sudah berlaku adil sebaiknha dalam penilaian mereka sebagai badan pelaksana pilihan raya. Mereka juga menerima bantahan daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri tertentu, tetapi yang penting kerja jalan terus.

Yang berangan besar nak jadi kerajaan selepas PRU-14 nanti, ingatlah, jika mampu menawan hati pengundi di semua kawasan, bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum, maka menanglah, buat apa nak takut.-UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons