April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kalau sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu sering kali tampil dengan lagak sombong dan angkuh menyatakan bahawa mereka yakin dapat menawan Putrajaya dalam PRU yang akan datang.

Malah mereka juga secara terbuka menuduh kononnya Kerajaan Barisan Nasional sedang berada dalam ketakutan kehilangan kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 14 itu pada ketika ini.

Tapi realitinya, tindakan yang mereka lakukan menunjukkan bahawa mereka sendiri berada dalam ketakutan apabila terpaksa memomokkan rakyat dengan isu – isu basi yang tidak mendatangkan faedah.

Jika semalam, puak Pakatan Haprak tu sekali lagi tampil membuat perhimpunan haram membantah perlaksanaan persempadanan semula kawasan Pilihan Raya yang telah diluluskan di Parlimen.

Jelas, perhimpunan itu diadakan bagi menutup ketakutan dikalangan mereka dengan tuduhan kononnya Barisan Nasional sedang menyusun strategi untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.

Bahkan mereka membuat tuduhan kononnya perlaksanaan persempadanan semula itu tidak memenuhi kehendak Parlimen dan disifatkan sebagai satu langkah yang tidak demokratik.

Padahal, dalam peruntukan Perlembagaan, perlaksanaan persempadanan semula itu dibenarkan dan kali terakhir ianya dilakukan adalah pada tahun 2003. Kemudian ianya ditangguhkan pada tahun 2011.

Apa yang pasti, keyakinan yang dilaung – laungkan oleh puak Pakatan Haprak tu hanya sekadar omongan kosong semata – mata. Sebaliknya, mereka sedang menutup kemaluan dan ketakutan mereka dengan membuat tuduhan yang bukan – bukan terhadap orang lain!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons