April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

PUTRAJAYA: Keluarga remaja Aminulrasyid Amzah yang meninggal dunia
akibat 21 das tembakan kira-kira lapan tahun lalu, akhirnya beroleh
ganti rugi RM114,800 selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak
rayuan kerajaan dan polis.

 

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif menolak rayuan tersebut selepas
mendapati peruntukan undang-undang berhubung perkara itu adalah jelas
dan tidak perlu diperhalusi lagi.

 

Aminulrasyid terkena tembakan dilepaskan polis semasa mengejar kereta
yang dipandu laju remaja itu pada kira-kira  2 pagi, 26 April 2010.

 

Pada Mac 2016, Mahkamah Tinggi  Shah Alam memutuskan ganti rugi
RM414,800 diberikan kepada ibu Aminulrasyid,  Norsiah Mohammad dan kakak
sulungnya, Nor Azura atas kematian remaja itu selepas membenarkan
sebahagian rayuan Koperal Jenain Subi dan lima lagi.

 

Pada 2 Jun 2017,  Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi
bahawa tiada justifikasi (kewajaran) untuk polis melepaskan tembakan ke
arah Aminulrasyid  pada 2010.

 

Mahkamah Rayuan bagaimanapun mengurangkan jumlah ganti rugi diberikan kepada keluarga Aminulrasyid kepada RM114,800.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons