April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BRUSSELS 29 Mac- Bintang Belgium, Radja Nainggolan dilarang memandu selama sebulan hari ini dan dikenakan denda sebanyak 1,600 euro (RM7,596) setelah didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk tahun lalu, lapor media tempatan.

Bagaimanapun pemain AS Roma itu, merancang untuk membuat rayuan dengan mendakwa rakannya yang juga bekas pemain Zinho Chergui memandu dan bukannya dia ketika kenderaan itu ditahan selepas perlawanan antarabangsa menentang Greece pada Mac 2017.

“Polis tidak melihat anak guam saya memandu dan Zinho Chergui mengesahkan dia yang memandu,” kata peguam Nainggolan, Walter Damen.

Pemain tengah itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, akan menjadi sebahagian skuad Piala Dunia Belgium, Jun ini.

Bagaimanapun jurulatih kebangsaan, Roberto Martinez selalu menegaskan dia mahukan standard terbaik daripada pemainnya, sama ada di dalam atau luar padang. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons