April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Menjelang pilihan raya umum akan datang, suara-suara tidak puas hati terhadap bakal calon pilihan raya di kawasan masing-masing makin lantang.

Hampir sama dengan kes di Titiwangsa, kain rentang menolak kepimpinan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Johari Hussain muncul di sekitar Rompin bulan ini.

Kain rentang yang digantung di beberapa kawasan itu antaranya bertulis:

“Kami pengundi DUN Tioman menolak sekeras-kerasnya kepimpinan Datuk Johari Hussain sebagai calon PRU14.

“Pilih Datuk Johari rakyat Rompin menderita. Buang Datuk Johari rakyat bahagia. Datuk Johari pengkhianat kepada pengundi DUN Tioman.”

Malaysiakini difahamkan kain rentang itu telah diturunkan.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno yang dihubungi Malaysiakinijuga secara terbuka mempertikaikan prestasi wakil rakyat selama dua penggal itu.

“Bila dia (Johari) lawat kawasan, dia tak pernah nak beritahu ketua cawangan.

“Sebab kalau prinsip Umno, waima apa keadaan sekalipun, kalau lawat kawasan kenalah maklum pada ketua cawangan, ketua wanita ke atau ketua pemuda.

“Tapi dia tak ada. Tak maklum lepas itu asyik jumpa orang PAS.

“Kita maklum selaku wakil rakyat kita tak kisah kalau dia nak jumpa PAS tapi sekurang-kurangnya beritahulah kita,” kata seorang pemimpin Umno cawangan Kampung Jawa (Pantai).

DUN Tioman terletak bawah Parlimen Rompin.

Pada pilihan raya umum ke-13, Johari memenangi DUN itu dengan majoriti 4,086 undi mengalahkan calon PAS dan bebas. Kawasan majoriti Melayu itu mempunyai seramai 16,616 pengundi.

Umno mempunyai 33 cawangan di Rompin.

‘Darah Umno’

Sementara itu, seorang  pemimpin Cawangan Umno Kampung Parit Raja Pontion pula berkata ADUN sedia ada tiada “darah Umno”.

Beliau mendakwa Johari lebih dekat dengan PAS sehingga melantik ketua kampung dari kalangan parti itu.

Pemimpin itu juga mendakwa Johari pernah menyuarakan hasrat untuk ‘melompat’ parti.

“Dia pernah bercerita, sekiranya di Pahang ini berlaku keadaan seperti di Terengganu, 50-50, dia kata dia orang pertama akan lompat,” dakwanya.

Beliau mendakwa penyandang kerusi itu pernah menjadi anggota PAS sebelum menyertai Umno.

Jarang turun padang

Bagi seorang pemimpin Umno cawangan Kuala Pontian pula mendakwa Johari jarang melawat kawasan atau mengadakan program di situ.

“Di kampung saya dia tak turun sedangkan d isitu ramai ahli keluarga dia.

“Saya pernah suarakan pada dia kerana orang kampung dah bising sebab tak ada program pada sana, mungkin dia terlepas pandang.

“Tapi itulah, tak ada tumpuan di kampung ini,” katanya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Johari untuk mendapatkan respon mengenai dakwaan yang dinyatakan dan sedang menunggu balas daripada beliau.


Nota: Malaysiakini terpaksa memadamkan nama pemimpin-pemimpin yang menjadi sumber berita ini atas permintaan mereka sendiri. – Pengarang



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons