April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BUTTERWORTH 30 Mac – Lebih 500 orang memenuhi Dewan Tan Si Eng Chuan Tong di sini malam ini bagi mendengar ceramah politik bertajuk ‘Kisah Benar 2.0: Skandal Terowong Dasar Laut RM6.3 bilion’.

Dianjurkan oleh MCA, program ceramah itu mendapat sambutan luar dugaan walaupun tanpa kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP yang ‘dijemput’ khas untuk berdebat dalam ceramah tersebut.

Ucap tama ceramah disampaikan Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Turut menyampaikan ceramah ialah Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Eric See-To serta Pengerusi MCA negeri, Datuk Tan Teik Cheng. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons