April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Debat tetap diteruskan tanpa sebarang jawapan rasmi MB Terengganu

Datuk
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad akan mengadakan Debat Isu Semasa
mengenai ‘Masalah Kesihatan Anak Kecil’ di Negeri Terengganu sebagaimana
di Laporkan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(Unicef) baru-baru ini.

Debat ini diadakan susulan cabaran beliau terhadap Menteri Besar
Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam beberapa isu
dibangkitnya sekian lama, termasuklah terkini laporan Unicef  yang tidak
mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

Ahmad Razif pada 9 Mac lalu, membidas kenyataan Raja Kamarul Bahrin
Shah yang mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap kanak-kanak
mengalami masalah tumbesaran akibat kekurangan zat makanan sebagaimana
laporan Unicef.

Ahmad Razif dipetik berkata dakwaan itu tuduhan liar dan berniat
memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak
membawa kemajuan kepada negeri Terengganu.

Ahmad Razif Abdul Rahman

Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman

Bagaimanapun Raja Kamarul Bahrin dalam sidang medianya pada 20 Mac
lalu, dipetik berkata,reaksi menteri besar yang secara emosi dan tanpa
merujuk laporan Unicef  terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan
menuduh beliau membuat tuduhan liar serta memfitnah.

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu ini berkata, sikap menteri besar
itu tidak menguntungkan rakyat Terengganu yang miskin serta susah dan
memerlukan pembelaaan.

Justeru beliau tetap meneruskan rancangan debat ini walaupun telah 
menghantar surat rasmi ke ibu pejabat menteri besar untuk jemputan
kepada program debat yang dijadualkan akan diadakan pada 30 Mac 2018
(Esok).

MalaysiaDateline, dimaklumkan,  beliau masih belum mendapat sebarang
jawaban oleh itu beliau menjemput secara terbuka kepada Ahmad Razif
untuk hadir  ketika hari berlangsung program berkenaan.

Raja Kamarul Bahrin berkata, debat ‘Masalah Kesihatan Anak Kecil
Terengganu’ ini akan diteruskan memandangkan ianya melibatkan
kepentingan serta minat orang ramai dan ia akan diteruskan seperti
dijadualkan.

“Persiapan telah dibuat dan majlis akan diteruskan dengan panelis
yang hadir walaupun jemputan kepada menteri besar Terengganu belum lagi
diberikan jawapan rasmi,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Menurut Raja Kamarul Bahrin lagi, memandangkan masalah anak kecil di
Terengganu  dilaporkan oleh Unicef, kerajaan negeri didesak perlu
menangani isu ini segera mungkin.

“Dalam waktu laaporan Unicef sedang banyaak di bincang oleh rakyat
perbahasan secara meluas dan mendalam demi mencari penyelesaiaan perlu
diadakan. Ini adalah  isu ‘publif of interest’.

“Semoga program ini akan membawa manfaat kepada semua rakyat
Terengganu yang sangat prihatin,” ujarnya yang tidak mahu mendedahkan
barisan panelis yang akan hadir esok.

Debat Isu Semasa yang membincangkan “Masalah Kesihatan Anak Kecil
Terengganu’ ini akan diadakan di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu
jam 9 malam.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons