April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan terhadap
Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014 yang menyaksikan
pengecualian cukai tersebut diperluaskan bagi empat kategori.

 

Kelulusan itu dicapai setelah undi belah bahagian yang dijalankan di
hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed
Said menyaksikan sebanyak 101 ahli Parlimen bersetuju manakala jumlah
yang tidak bersetuju adalah sifar.

 

Utusan Malaysia melaporkan, jumlah undi sifar yang dicatatkan itu
berlaku ekoran tindakan semua wakil pembangkang keluar dari Dewan Rakyat
semasa pengundian dijalankan.

 

Mereka tidak berpuas hati apabila Ismail tidak meluluskan permohonan
G. Manivannan (PKR-Kapar) yang meminta undi belah bahagian dijalankan
sebelum sidang berhenti untuk rehat pada pukul 1 tengah hari.

 

Walau bagaimanapun, undi belah bahagian dilakukan sebaik sahaja sidang
disambung semula pada pukul 2.30 petang atas permintaan Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons