April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bagaimana Pakatan menggunakan #FakeNews untuk politik.

Setelah berita palsu ini disebarkan, ia mewujudkan satu persepsi kepada penyokongnya bahawa SPR dan UMNO telah menipu untuk menang pilihanraya dan membangkitkan kemarahan.

Persepsi ini ditambahkan lagi dengan berita palsu yang disebarkan juga oleh mereka dengan mengatakan kekalahan pakatan adalah kerana 40 000 pengundi bangladesh telah mencuri undi.

3 hari selepas itu, Anwar mengetuai satu perhimpunan raksasa di Stadium Kelana jaya (Hinpunan Black508) menghasut rakyat supaya tidak menerima keputusan PRU13. Saya juga hadir malam tersebut.

Kemudian, satu malaysia mereka melakukan jelajah memainkan sentimen yang berasaskan pada berita palsu itu.

Akhirnya, segala bantahan itu berakhir apabila anwar dan semua ahli parlimen pembangkang menerima keputusan dengan mengangkat sumpah di dalam parlimen.

Di luar parlimen pula anak muda berguling di atas jalanraya, disumbat ke dalam black maria, semata-mata membantah ahli parlimen yang mereka pilih, dari mengangkat sumpah.

Manakala Anwar dan Najib pula menikmati teh tarik di kantin parlimen.

Satu tribunal PRU 13 telah dijalankan oleh Empower dan Bersih bagi menyiasat penipuan pilihanraya termasuklah aduan pengundi asing. Tribunal ini menyimpulkan dakwaan pengundi asing mengundi pada PRU13 tidak dapat dibuktikan.

Sekarang dapatlah kita simpulkan kenapa pakatan gusar dengan RUU Berita Palsu ini. Ada pula macai mereka menakut-nakutkan rakyat dengan mengatakan RUU ini mensasarkan satira atau parodi. Tidak. Ia semata-mata untuk mengekang berita palsu yang menjadi makanan mereka. Politik mereka memang bernyawakan fakenews! Persepsi apa lagi yang boleh mereka mainkan selain memainkan berita palsu?

——————-

Fake News paling epik di Malaysia

1) 40k bangla curi undi pada PRU13.


2) BN menang PRU13 kerana pengundi Banglasia.


3) Kerajaan pusat tutup 20 paip air utama di Selangor.


4) Langkah Kajang untuk batu loncatan ke Putrajaya.


5) 16 september kerajaan baru konon “We have the numbers”.


6) Merata blackout masa mengira kertas undi pada PRU13. 


7) Dr Kamarul terkencing bila Madey gatecrash. 🤭

Fake News pasal pengundi bangla itu bagi saya paling celaka sekali. Kerana fake news ini ada beberapa pengundi sah yang kelihatan seperti bangla dipukul di pusat pembuangan undi.

Ada sesiapa lagi nak tambah?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons