April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kaji selidik Umno lebih banyak dari Invoke, bidas Rafizi

“Jika
Invoke dituduh melanggar undang-undang kerana menjalankan kaji selidik,
bagaimana pula ratusan kaji selidik yang dilakukan oleh Umno untuk
mengukur tahap sokongan ke atas calon-calonnya?” soal pengasas Invoke
Rafizi Ramli.

Mengulas tuduhan-tuduhan tidak berasas naib ketua Pemuda Umno Khairul
Azwan Harun terhadap Invoke di Dewan Negara, 27 Mac lalu, Rafizi
mengakui dimaklumkan beberapa ahli parlimen Umno-BN mengenai kaji
selidik melalui telefon yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak untuk mengenal pasti tahap sokongan setiap wakil rakyatnya.

“Jika Invoke ingin disiasat kerana menjalankan kaji selidik, kenapa
pula Umno tidak disiasat secara besar-besaran kerana jumlah kaji selidik
melalui telefon yang dibuat oleh Umno adalah jauh lebih tinggi
berbanding kaji selidik oleh Invoke?” soal ahli parlimen Pandan itu.

Sehubungan itu, Rafizi yakin tuduhan palsu dilemparkan Khairul Azwan
dan laporan meluas media massa pro-BN terhadap ucapan pemimpin pemuda
Umno itu, sebagai usaha untuk melumpuhkan Invoke yang kini sudah
mempunyai 25,000 orang sukarelawan yang giat dilatih untuk menjadi ejen
kira undi bagi calon-calon PH.

“Ugutan ke atas Invoke adalah untuk menakut-nakutkan rakyat supaya
tidak terus tampil menjadi sukarelawan kerana Umno bimbang dokongan
rakyat yang menjadi sukarelawan Invoke akan menyukarkan sebarang usaha
penipuan pilihan raya,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai untuk terus tampil
mendaftar menjadi sukarelawan Invoke dengan mendaftar di pautan
bit.ly/JOMJOININVOKE.

“Lebih ramai rakyat yang mendaftar menjadi sukarelawan, lebih sukar Umno mengugut untuk melumpuhkan operasi Invoke,” tegasnya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons