April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 30 Mac – Bintang Tottenham Hotspur Harry Kane mungkin akan kembali beraksi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Chelsea, Ahad ini.

Pengendalinya Mauricio Pochettino tidak menolak perkara itu namun dia menjangkakan penyerang itu akan mengetuai jentera serangan dalam pertemuan dengan Stoke City.

Kane menerima kecederaan pada buku lali ketika Tottenham Hotspur menundukkan Bournemouth 4-1 pada awal bulan ini, menyebabkan penyerang England itu terlepas aksi bertemu Swansea dalam saingan Piala FA dan dua aksi persahabatan England berdepan Belanda serta Itali.

Spurs bakal bertandang ke Stamford Bridge dengan misi meraih kedudukan bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan dan berpeluang menjarakkan lapan mata daripada juara bertahan itu. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons