April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


WASPADA :

Orang ramai diminta berwaspada dengan penipuan melalui telefon dan skim taruhan wang yang merupakan antara kes penipuan tertinggi diterima Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2017 dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM22.3 juta.

Gambar hiasan : Sumber : BNM

Berdasarkan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran BNM 2017, penipuan melalui telefon lazimnya membabitkan orang yang menyamar sebagai pegawai bank atau Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang meminta mangsa memindahkan wang atau berdepan risiko disenarai hitam jika tidak berbuat apa yang disuruh.

Mangsa dihubungi pada hari tidak bekerja agar panggilan tidak boleh disahkan, dan diperdaya untuk membuka akaun perbankan Internet menggunakan maklumat akaun tertentu bagi memindahkan dana ke dalam akaun penipu.

Dalam kes skim taruhan wang pula, penipu selalunya menyamar sebagai syarikat perdagangan mata wang yang menawarkan pulangan bulanan setinggi 20 peratus. Pakej pelaburan dengan harga serendah AS$50 ditawarkan untuk menggalakkan pelabur daripada pelbagai kumpulan pendapatan untuk menyertai skim itu. Lazimnya, pelabur akan menerima pulangan untuk beberapa bulan sebelum mereka diberitahu bahawa laman sesawang pengendali skim itu telah digodam dan semua wang pelaburan telah lesap.

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons