April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus



KUALA LUMPUR 30 Mac – Tampil dengan imej berkostum dengan nama Ulat Bulu Man (UBM), penyanyi berusia 23 tahun itu yang mahu disapa sebagai Hank enggan dilabel lelaki miang meskipun serangga tersebut memberi gambaran terhadap golongan tersebut.

Berkata kepada Utusan Online, Hank menjelaskan, pemilihan kostum ulat bulu sekadar lambang seorang lelaki selain serangga tersebut mudah dijumpai di Malaysia.

“Sebagai anak kelahiran negara ini, takkan saya nak pilih haiwan seperti kanggaru yang tak ada di sini.

“Lepas difikirkan, ulat bulu paling sesuai di samping simbolik seorang lelaki. Ini kerana ulat bulu sering dikaitkan dengan lelaki yang pantang nampak perempuan atau senang kata, lelaki miang.

“Bagaimanapun, saya bukanlah jenis lelaki begitu. Ambil yang positif sahaja, yang negatif letak ke tepi,” katanya.

UBM berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran single pertamanya, Puisi Buat Perompak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota hari ini.

Lagu tersebut dicipta oleh Oja sepenuhnya yang juga bertindak sebagai penerbit,” tambahnya.

Menurut Hank, selain menyanyi, dia juga merupakan pengusaha pusat karaoke yang terletak di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang. – UTUSAN ONLINE





Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons