April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN INSIGHT

Dera pembantu rumah, penjara 8 tahun buat Rozita
Suri rumah bergelar Datin, Rozita Mohamad Ali dijatuhi
hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini
selepas didapati bersalah mendera pembantu rumahnya, seorang warga
Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain,
 

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman lapan
tahun ke atas seorang suri rumah, Rozita Mohamad Ali atas penderaan yang
dilakukan ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Laporan The Malay Mail Online menyebut, hukuman itu dijatuhkan
selepas mahkamah menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang
membebaskan Rozita dengan bon kelakuan baik dan jaminan RM20,000.

Keputusan Mahkamah Sesyen ke atas wanita bergelar “Datin” itu
menimbulkan kemarahan masyarakat umum kerana terlalu ringan bagi
kesalahan mendera warga Indonesia tersebut.

Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Tun Abdul Majid Tun Hamzah.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons