April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


2.
Bila ibu saya sendiri menelepon saya, setelah melihat anak beliau
dihentam begitu rupa oleh TV propaganda parti sarkas, dan menyatakan
berdiri teguh di belakang saya, itu bagi saya lebih dari mencukupi.
Thank you very much also to my beloved wife and my children.

3.
Saya sedar ada pihak agama tertentu mengkritik saya dan menyatakan
kenyataan saya bercanggah dengan aqidah. Saya hormat kenyataan mereka.
Tapi saya mohon maaf kerana saya tidak akan tarik balik kenyataan saya
tersebut. My concscience is very clear.

4. Ada juga minta saya
bertaubat dan istighfar. Terima kasih kerana remind saya. Taubat, is
after all, an ongoing process anyway.

Bagi yang maki hamun saya,
insyaAllah saya tak marah malahan saya sedia maafkan jika andainya
mereka bersalah kepada saya. Saya, insyaAllah, a firm believer kepada
freedom of speech and expression.

5. Sikit je saya nak tambah.
Bagi yang nak jatuhkan hukum kepada seseorang, baca dan dengarlah secara
keseluruhan ucapan orang yang ingin dihukum. Itu baru, bagi saya,
kaedah sebenar dalam menghukum.

6. Memberi pendapat di luar
gelanggang dan menjatuhkan hukum kepada seseorang, memang secara
relatifnya, lebih mudah. Sedangkan membela nasib rakyat yang tertindas
di hadapan rejim kleptokrasi yang dibela oleh ramai kaki pengampu dan
pembodek dan dikawal oleh pelbagai ejensi yang drakonian dan “pemberi nyawa”
(dan sanggup guna hujah agama untuk bela rejim kleptokrasi ) tidak
semudah itu saudaraku. Ia menjadi lebih sukar bila ada puak-puak agama
yang agak “slow” untuk bersuara menentang rejim kleptokrasi tapi agak
laju sepantas kilat mencari hukum tertentu untuk dikenakan kepada mereka
yang menentang rejim sikleptokrat.

Anyway, saya hormat semua pandangan dan ucapkan jutaan terima kasih.

7.
Ada kata saya ego sebab tak mahu tarik balik. A’udzubillah (Saya
berlindung kepada Allah). Tapi katalah apa sahaja yang anda mahu. Ini
hari anda untuk bergembira. Ibu saya selalu nasihat saya “jika kita
tak bersalah jangan risau apa orang kata, jika kita bersalah, orang tak
kata pun kita kena risau. Thank you very much ummi”.
Ana uhibbbuki hubban syadedan.

Allah lebih tahu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons