April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEOUL 31 Mac – Seramai 120 ahli muzik Korea Selatan yang diketuai oleh beberapa bintang K-Pop tiba di Pyongyang hari ini bagi mengadakan persembahan kebudayaan merentas sempadan esok.

Persembahan berkenaan diadakan menjelang penganjuran sidang kemuncak antara Seoul dan Pyongyang di Semenanjung Korea pada bulan hadapan.

Antara artis yang bakal mengadakan persembahan ialah kumpulan Red Velvet, bekas ahli kumpulan Girl’s Generation iaitu Seohyun yang akan menjadi pengacara pada acara tersebut dan penyanyi veteran terkemuka, Cho Yong-pil.

Bertemakan ‘Musim Bunga Akan Datang’, artis Korea Selatan turut akan mengadakan persembahan bersama ahli muzik Korea Utara di Gimnasium Ryugyong Jong Ju Yong pada Selasa ini. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons