April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS
 

Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Penstrukturan industri air di Selangor tidak akan selesai
selagi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berhenti
bermain politik.

 

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata
Mohamed Azmin dilihat lebih gemar memutar belit fakta berhubung dokumen
perjanjian itu, berbanding berusaha untuk menyelesaikannya dengan
segera.

 

“Beliau (Mohamed Azmin) mendakwa kononnya saya mengkhianati hak rakyat
dengan menyerahkan semula aset berjumlah RM533 juta kepada Puncak Niaga
Holdings Berhad (PNHSB).

 

“Aset yang diserahkan kepada PNHSB bukan aset berkaitan perkhidmatan
air, yang mana kerajaan negeri tidak memerlukannya bagi melaksanakan
proses penstrukturan semula industri air.

 

“Masalah sekarang beliau tidak faham dokumen perjanjian. Agak susah
untuk membuat kerja kalau beliau tidak faham apa di dalamnya (dokumen
perjanjian),” katanya selepas Majlis Pelancaran Manifesto Gagasan
Sejahtera Negeri Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di sini.

 

Abdul Khalid berkata, beliau kecewa dengan sikap tidak profesional
Mohamed Azmin, sekali gus menyebabkan penstrukturan air di negeri itu
gagal diselesaikan hingga sekarang.

 

“Beliau enggan menerima persetujuan yang dicapai antara kerajaan negeri
dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan semula industri air
yang membabitkan kos hanya RM9.65 bilion sahaja.

 

“Persetujuan ini turut membabitkan harga tawaran pengambilalihan ekuiti
dan tanggungan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)
berjumlah RM2.92 bilion,” katanya.

 

Khalid turut mendakwa pentadbiran Mohamed Azmin ingin membayar sebanyak
RM2.7 bilion terhadap ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali
lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.

 

Semalam, Mohamed Azmin ketika sesi penggulungan perbahasan menjunjung
titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata, pengambilalihan SPLASH masih gagal
menemui titik noktah.

 

Beliau memberi alasan pihaknya tidak boleh mengemukakan nilai
pengambilalihan itu disebabkan mahu menjaga kepentingan pemegang saham
syarikat.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons