April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 Antara nama yang disebut-sebut dalam rakaman audio suara mirip Nik Abduh, ialah nama menantu Hj Hadi, Ustaz Zaharuddin Mohammad.

 Malah dikatakan bahawa Ustaz Zaharuddin Mohammad bersama rombongannya yang telah datang untuk berjumpa Nik Abduh.

Maka dengan ini Ustaz Zaharuddin boleh menegaskan tentang keabsahan rakaman audio yang dikatakan suara milik Nik Abduh itu.

Ustaz Zaharuddin Mohammad tidak seharusnya mendiamkan diri tanpa menyatakan sesuatu mengenainya.

Menantu Hj Hadi ini sebagai seorang yang berkelulusan agama mesti tampil untuk menegakkan keadilan jika beliau benar-benar ikhlas berjuang untuk agama.

Kerana Allah menuntut supaya kita semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan kebenaran dan saksi kepada kebenaran. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَنْ تَعْدِلُوا ۚ وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

 Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

-Sura An-Nisa’ Ayah 135

Keadilan di sini mencakup keadilan terhadap hak Allah, demikian juga keadilan terhadap hak hamba-hamba Allah.

 Termasuk adil dalam menunaikan persaksian yang diketahuinya bagaimana pun bentuknya, meskipun mengena kepada orang yang dicintainya atau bahkan mengenai dirinya sendiri.

Yakni saksi yang benar.

Yakni dengan mengakui kebenaran dan tidak menyembunyikannya.

Tetaplah bersaksi terhadap kebenaran kepada siapa pun orangnya. Menegakkan keadilan termasuk perkara agung, dan yang demikian menunjukkan keadaan agama seseorang, kewara’annya dan kedudukannya dalam agama Islam.

 Di antara penghalang utama yang dapat menghalangi seseorang dari keadilan adalah mengikuti hawa nafsu, maka dalam ayat di atas Allah mengingatkan untuk menyingkirkan penghalang ini. Akllah berfirman, “Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran.”

Jika kamu mengikuti hawa nafsu, maka kamu akan menyimpang dari jalan yang benar, membuat buta bashirah (mata hati) yang ada dalam diri seseorang sehingga ia pun melihat yang hak sebagai batil dan yang batil sebagai hak.

Memutar balikkan fakta, tidak menyempurnakannya, saksi menta’wil kepada maksud yang lain dsb. ini semua termasuk memutar balikkan fakta.

 Dalam ayat ini terdapat ancaman yang keras bagi orang yang memutar balikkan fakta atau enggan bersaksi, maka dia telah meninggalkan kebenaran dan malah menegakkan yang batil.

Semoga Ustaz Zaharuddin Mohammad akan berani tampil menjadi saksi dalam isu rakaman audio yang dikatakan milik Nik Abduh ini demi menyelamatkan dirinya sendiri dari mengikut hawa nafsunya.

Semoga Allah akan diberi taufiq kepadanya untuk menegakkan kebenaran dan akan ditunjuki ke jalan yang lurus. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons