April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 1 April – Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak untuk berdebat tentang isu perumahan di negeri berkenaan membuktikan kegagalannya menangani masalah tersebut.



NAZIR HUSSIN

NAZIR HUSSIN

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, sekiranya kerajaan PKR Selangor dan Mohamed Azmin benar-benar prihatin terhadap isu tersebut, beliau sepatutnya tampil dalam debat yang dicadangkan sebelum ini.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan (HELP) Pemuda UMNO memberitahu, Mohamed Azmin tidak sepatutnya memberi alasan remeh-temeh bagi mewajarkan keputusan menolak debat berkenaan.

“Jika terlalu sibuk, beliau boleh menghantar Exco Perumahan sebagai wakil,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Semalam, Nazir Hussin mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai isu perumahan rakyat yang gagal diselesaikan di Selangor ketika ini ekoran tindakan kerajaan PKR Selangor membatalkan sembilan projek Skim Rumah Selangorku membabitkan lebih 2,000 unit rumah mampu milik.

Beliau turut mengulangi cabarannya dengan menjemput Mohamed Azmin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Azmin Ali untuk menghadiri forum khas tentang isu perumahan di Selangor dan Pulau Pinang. 

“Jika mereka tidak dapat hadir, wakil dalam kalangan Exco Perumahan atau agensi perumahan kedua-dua kerajaan negeri boleh mewakili mereka,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons