April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Orang pertama yang mendedahkan keinginan dan cita-cita besar DAP mahu melupuskan REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA adalah Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng. Dia kemudian membuat laporan polis pada 13 Mei 2011. Mohamed Razali turut mendedahkan pertukaran pangkalan tentera Malaysia sebagai pangkalan tentera Israel untuk dana politik RM1.2 bilion. (RUJUK SINI)

Lim Kit Siang kemudiannya mengancam untuk menyaman Mohamed Razali dan menyifatkan pendedahan besar-besaran yang dibuat oleh Razali sebagai satu fitnah. Namun sehingga ke hari ini, Razali tidak pernah disaman dan DAP tidak lagi memperkatakannya.

Mei 2014, ketika kempen Pilihanraya Kecil Teluk Intan, Sofya Dyana yang menjadi calon DAP untuk Parlimen Teluk Intan menyuarakan iltizam DAP untuk menghapuskan dan melupuskan REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA.

Katanya, Rejimen berkenaan hanya membabitkan orang Melayu dan ianya bertentangan dengan semangat mempertahankan negara yang seharusnya terbuka kepada semua kaum dan tidak hanya khusus kepada satu kaum sahaja. Katanya lagi, seandainya negara dalam konflik dalaman, apabila satu kaum sahaja dibenarkan mengangkat senjata, sudah pasti akan mendorong kepada berat sebelah perkauman. Dakwanya, hanya orang Melayu yang akan dipertahankan, manakala kaum lain akan diabaikan. Oleh itu katanya lagi, RAMD perlu dilupuskan atau dibuka untuk semua kaum.

Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Kluang dari DAP marah sakan dengan kewujudan kem-kem tentera di Sembrong. Malah dia cukup kuat menentang kewujudan kem tentera di Segamat yang menurutnya, kem tentera dan anggota-anggota tentera digunakan untuk kemenangan Barisan Nasional (RUJUK SINI)

Itu hanyalah secebis daripada sekian banyak contoh kebencian DAP kepada ATM, dan khususnya terhadap RAMD. DAP sentiasa melihat RAMD dan ATM secara keseluruhannya sebagai pengundi UMNO-BN.

Dengan lambakan nama-nama besar DAP dilambakkan di Johor pada PRU-14 kali ini, dan Johor pula menempatkan banyak kem-kem tentera, maka taktik baru yang sebenarnya lebih kepada U-TURN perlu dilakukan.

Oleh kerana undi setiap orang termasuklah anggota tentera amat penting dan boleh menjamin kemenangan, maka Lim Kit Siang memulakan kempen dengan janji akan mempertahankan kewujudan RAMD sepertimana DAP mempertahankan sekolah-sekolah Cina dan Tamil. (RUJUK SINI)

Kumpulan pro-DAP yang dianggotai oleh bekas-bekas tentera, PATRIOT pula dengan megah cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia dengan pemikiran lurus, kononnya RAMD tidak boleh dimansuhkan kerana Yang Di-Pertuan Agong. (RUJUK SINI) Tetapi PATRIOT tidak pula mengulas tentang penentangan DAP khususnya ke atas Artikel 152 dan 153 selain kebencian yang ditunjukkan DAP ke atas institusi raja-raja Melayu. Malah PATRIOT tidak pula menyentuh tentang bolehnya Perlembagaan dipinda dengan majoriti 2/3 Parlimen dan cita-cita besar DAP, Malaysian Malaysia menerusi dominasi 50 Kerusi Parlimen dalam Pakatan walaupun sekadar menang minima 112 kerusi Parlimen pada PRU-14.

Puak yang cukup benci dan menjadikan perkampungan Melayu sebagai perkara pertama yang perlu dihapuskan, sekarang ini nak mempertahankan RAMD?

Seribu satu cara boleh digunakan untuk melupuskan RAMD sepertimana mereka mempertikaikan penaiktarafan sistem pertahanan negara.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons