April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kajian dapati BN akan terus berkuasa, tetapi undi popular hanya 42%
Umno menerusi Barisan Nasional dijangka akan terus
berkuasa walaupun undi popularnya akan jatuh sehingga hanya 42%. Rakan
kongsi kuasanya yang lain- MCA, MIC dan Gerakan- pula dijangka jadi
mangsa persempadanan semula. – Gambar fail The Malaysian Insight,
 

JIKA pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional (BN) dijangka
akan kekal berkuasa walaupun undi popularnya merosot sehingga 42%
sahaja, kata badan penyelidik Institut Darul Ehsan (IDE).

Kajian terbaru IDE mendapati BN akan menang lebih banyak kerusi
Parlimen melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam, berbanding 133 kerusi yang
dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu .

“Dengan trend yang ada dan mengambil kira persempadanan semula
kawasan pilihan raya, kajian ini mendapati BN akan terus kekal termasuk
di Johor tetapi akan kalah di Kedah,” kata Timbalan Pengerusi IDE
Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman.

Kajian IDE itu juga mendapati parti gabungan lain dalam BN iaitu MCA,
Gerakan dan MIC bakal menjadi mangsa utama persempadanan baru kawasan
pilihan raya itu.

Redzuan menjangkakan rakan kongsi utama dalam BN itu akan hilang
hampir semua kerusi yang mereka tandingi pada pilihan raya kali ini
terutamanya kepada DAP.

“Isunya sekarang, bolehkah rakyat menerima keputusan
sebegini. Umno untung besar, rakan kongsinya hilang semua, melalui
manipulasi kawasan pilihan raya,” kata Redzuan.

Persempadanan baru kawasan pilihan raya yang diluluskan di Dewan
Rakyat semalam akan mewujudkan lebih banyak kerusi berasaskan kaum
dengan mengasingkan pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Pengkritik mendakwa persempadan baru itu akan mewujudkan lebih banyak
bilangan kerusi Melayu, dengan andaian pengundi bukan Melayu tidak
menyokong Umno lagi.

Bersatu dipimpin Muhyiddin Yassin di Johor dijangka akan kecundang. Pengaruh bekas timbalan perdana menteri itu belum cukup untuk merempuh kubu kuat Umno itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018.
Bersatu
dipimpin Muhyiddin Yassin di Johor dijangka akan 
kecundang. Pengaruh
bekas timbalan perdana menteri itu belum 
cukup untuk merempuh kubu kuat
Umno itu. – Gambar fail 
The Malaysian Insight

Kajian di seluruh Semenanjung Malaysia yang melibatkan lebih 5,000
responden dengan menggunakan 95 enumerator yang tamat 26 Mac itu
mendapati, pengundi Melayu di Johor kekal bersama Umno.

“Yang pasti, mengikut kajian ini, PH khasnya Amanah
berjaya kalahkan PAS di Kelantan, manakala di pantai barat, PAS berjaya
sebabkan PH tidak menang,” kata Naib Canselor Unisel itu.

Beliau juga menjangkakan PAS akan gagal mempertahankan Kelantan,
negeri yang dikuasainya sejak 1990, apabila berlaku pertandingan tiga
penjuru.

“PAS akan dapat beberapa kerusi tetapi akan gagal mempertahankan kerajaan negeri,” kata Redzuan.
Kajian IDE juga mendapati pengundi Melayu di Johor akan kekal
mengundi Umno walaupun mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran
Najib di Putrajaya.

“Pengaruh Muhyiddin tidak cukup kuat untuk menarik penyokong Umno
kepada PH tetapi pengaruh Dr Mahathir dan Mukhriz cukup untuk menarik
penyokong Umno di Kedah menyokong PH.”

Kempen PH di Johor diketuai oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin
yang juga bekas timbalan presiden Umno dan pernah jadi menteri besar
negeri itu.

Gandingan Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Mukhriz Mahathir dijangka cukup kuat untuk merampas Kedah daripada BN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mac, 2018.
Gandingan
Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Mukhriz Mahathir 
dijangka cukup kuat
untuk merampas Kedah daripada BN. – 
Gambar fail The Malaysian Insight

Dr Mahathir Mohamad, yang dinamakan calon perdana menteri Pakatan
Harapan, dan anaknya Mukhriz disebut-sebut akan bertanding di Kedah.

“Itu kajian pada hari ini, lainlah kalau berlaku gelombang selepas pembubaran Parlimen nanti,” kata Redzuan.

Kajian itu juga mendapati PH akan terus memerintah Selangor dan Pulau
Pinang tetapi Umno dijangka akan menjadi parti individu yang paling
banyak mendapat kerusi di Selangor.

“Umno dijangka akan menang sehingga 20 kerusi di Selangor melalui
persempadanan baru pilihan raya yang dibuat, tetapi kerjasama dalam PH
akan menyebabkan kerajaan negeri yang ada kekal,” kata Redzuan merujuk
kepada Dewan Negeri Selangor yang mempunyai 56 kerusi itu.

PAS dijangka akan hilang semua kerusi yang dimenanginya di Selangor
apabila hanya mendapat tidak sampai 1% undi Cina dan sekitar 14% undi
Melayu sahaja, berbanding 18% undi Melayu sebelum ini.

“Nampaknya PAS datang dalam keadaan dagang di Selangor dan akan
menjadi dagang juga dalam pilihan raya akan datang,” kata Redzuan,
merujuk kepada naratif yang selalu digunakan PAS.

IDE dijangka akan membentangkan secara terperinci kajian ini dalam satu seminar yang akan diadakan awal bulan depan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons