April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Bernama
Abdul Rahman Dahlan

SEPANGGAR – Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan manifesto Barisan
Nasional (BN) menjelang akhir minggu depan, kata Pengarah Komunikasi
Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.

“Kemungkinannya, berdasarkan pengalaman kami (BN) sebelum ini,
pelancaran manifesto BN dibuat selepas Parlimen dibubarkan. Itu dah jadi
suatu tradisi.

“(Bagaimanapun) Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri Najib akan
mengamalkan kaedah yang sama (melancarkan manifesto selepas Parlimen
dibubarkan),” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan jalan
raya dan perparitan di Sepanggar di sini.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata
manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir
persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.

“Ada seseorang memberitahu saya, tapi saya tidak dapat
mengesahkannya. Anda (rakyat) boleh menjangkakan Parlimen akan
dibubarkan minggu depan,” kata beliau.– BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons