April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

 

SAYA percaya masih
ramai lagi yang teringat akan aksi-aksi Piala Dunia 94 di Amerika
Syarikat. Ketika itu Brazil menjadi juara dengan menewaskan Itali
melalui penentuan sepakan penalti.

 

Di dalam skuad Brazil itu, paling
menonjol ialah penyerang kembar mereka, Romario dan Bebeto yang dilihat
sangat serasi bergandingan, mencetak gol bagi Brazil. Masih melekat
dalam ingatan ialah aksi mendodoikan anak, meraikan gol oleh Bebeto yang
berkebetulan baru menimang cahaya mata setelah menerima umpanan cantik
dari Romario, serta jaringan ‘first timer’ sambil berlari
Romario yang begitu tepat ketika menewaskan Belanda. Begitulah mereka
berdua, saling membuka ruang dan menjaringkan gol bagi Brazil.

 

Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu, di
sebalik kerjasama itu, mereka berdua adalah bermusuhan. Masing-masing
tidak mahu mengalah bagi menunjukkan mereka adalah bintang utama Brazil.
Perkelahian itu juga memeningkan kepala Carlos Alberto sebagai
jurulatih.

 

Pernah dilaporkan, mereka berdua berebut
tempat untuk duduk di tepi tingkap di dalam kapal terbang. Entahlah,
macam budak-budak pula rasanya. Tetapi bila tiba masanya turun padang,
mereka berpelukan merayakan gol, saling melorongkan bola bagi kemenangan
Brazil.

 

Sangat profesional, mengenepikan ego
peribadi bagi kejayaan negara mereka. Dan kepada musuh yang percaya
mereka juga akan berbalah di atas padang, mereka silap besar.

 

Kita beralih kepada kisah anak penoreh
getah pula. Seorang lelaki, Mamat baru sahaja berkahwin dengan wanita
pilihannya, Minah. Kedua orang tua Minah, berkerja sebagai penoreh
getah. Perkahwinan yang pada awalnya berjalan dengan sangat baik dan
penuh kasih sayang.

 

Namun takdir menentukan, tidak berapa
lama, mereka berkelahi. Berkelahi besar mereka. Sehinggakan ibu bapa si
isteri masuk campur dan menghalau menantunya. Keadaan itu berlanjutan
sehingga lebih dua bulan.

 

Ali yang juga meminati Minah sebelum
ini, sangat gembira mendengar berita itu. Dia pun mula memasang strategi
memikat Minah. Sehinggalah suatu hari, Minah muntah-muntah bagai
terkena sihir lagaknya. Terus terlintas di dalam fikiran mereka
mungkinkah Mamat si menantu telah menggunakan bomoh untuk menyihir
anaknya.

 

Celaka si menantu, bermain kasar.
Segeralah mereka ke bomoh untuk melihat apakah jin atau santau yang
telah dihantar oleh menantu mereka. Selepas beberapa bomoh dijengah,
tiada apa yang dapat bomoh katakan kecuali menasihatkan agar mencuba
pergi berjumpa doktor pula.

 

Ali juga tidak ketinggalan
menyumpah-nyumpah Mamat, tumpang membenci, sambil mengintai peluangnya
dengan Minah. Bergegas mereka ke klinik dan akhirnya, Minah disahkan
mengandung dua bulan. Begitu marah mereka kepada Minah kerana telah
mengaibkan maruah mereka.

 

Lalu disuruh mengaku dengan siapa
anaknya bermukah. Dijawab jujur oleh si Minah, apabila mak dan ayah
turun menoreh, tiap-tiap hari Abang Mamat datang panjat masuk bilik dan
pujuk Minah, akui Minah. Maka terloponglah kedua mulut orang tua Minah
mendengarnya.

 

Akhirnya, mereka memutuskan untuk
memanggil menantu mereka Mamat kembali ke rumah. Hiduplah mereka
bahagia, aman damai bersama anak cucu mereka. Manakala Ali juga turut
melopong kerana terlupa yang Minah dan Mamat belum bercerai, cuma tidak
tinggal bersama sahaja.

 

Dua kisah ini sangat berkaitan, walaupun
jauh jaraknya, Brazil dan Malaysia. Asasnya mereka perlu ‘bersatu’
dalam sesuatu pasukan itu bagi menghadirkan kejayaan atau kebahagiaan.
Jika berkelahi maka ada pihak akan mengambil kesempatan.

 

Nah, sekarang cuba pejamkan mata anda
dan renungkan, jika Bersatu, bersatu kembali dengan memeluk Umno, maka
Umno-BN akan kembali memerintah. Dan sudah tentu ada pihak yang kononnya
menjadi rakan tahaluf Bersatu akan berak kapur sebagaimana Ali yang gilakan isteri orang tetapi tak sedar yang mereka masih belum bercerai.

 

Jadi berhati-hatilah wahai rakyat
Malaysia yang cerdik, kerana walaupun kelihatan seperti berkelahi,
tetapi jika mereka berdua ‘rujuk’ semula, teruklah rakyat kena nanti.
Dan PAS kekal menjadi lawan tulen Umno serta tidak akan terpedaya dengan
‘perkelahian’ mereka itu. Manakala watak Ali sudah kita nampak dan tahu
siapa mereka.

 

MOHD NASIR ABDULLAH

Al-Khor, Qatar



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons