April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin hampir tiba masanya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat kini boleh bersedia sepenuhnya untuk menyambut ‘perayaan’ tersebut.

“Semalam saya jumpa pelbagai kumpulan seperti orang muda Cina dan sebelah petang bertemu para pesilat dari seluruh negara. Rabu ini saya jumpa dengan penjawat awam, selepas itu ke Miri, Sarawak.

“7 April ini insya-Allah pelancaran Manifesto BN, bererti bahawa dah dekat dah tu hendak ‘raya’.

“Kita sudah boleh pasang pelita raya, di luar bandar biasanya pasang pelita pada malam tujuh likur,” katanya yang dipetik oleh akhbar Utusan Malaysia, pada sebuah majlis di Pekan, hari ini.

Semalam, akhbar Berita Harian membuat laporan spekulasi bahawa tarikh membuang undi adalah pada awal bulan Mei.

Menurut akhbar itu, Parlimen mungkin dibubarkan seawal akhir minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, berakhir pada 5 April.

Pembubaran Parlimen boleh diadakan seawal 6 April, sehari sebelum Najib mengumumkan Manifesto BN yang bakal menjadi akujanji partinya untuk lima tahun akan datang.

Sebelum ini, Najib berkata BN memilih 7 April ini sebagai tarikh mengumumkan manifesto pilihan raya pada perhimpunan besar-besaran di Bukit Jalil, di Kuala Lumpur.

Mengikut tradisi, BN mengumumkan manifesto selepas tarikh pilihan raya diketahui. – mk



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons