April 22, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebulat suara
menerima peletakkan jawatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail
Sultan Ibrahim selaku presiden badan induk tersebut.

 

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa
Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang turut menyaksikan Timbalan
Presiden, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden.

 

Kata Yusoff, FAM setuju menerima peletakkan jawatan tersebut selepas
TMJ memberi penjelasan kepada barisan exco ketika mereka berada di Johor
baru-baru ini.

 

“Kami berasa amat berat hati untuk menerima peletakkan TMJ namun sudah
menjelaskan keadaan sebenar. Saya juga ingin berterima kasih kepada
Timbalan Presiden, Datuk Seri Subahan Kamal yang mencalonkan saya
sebagai pemangku presiden.

 

“Untuk jawatan Presiden FAM, kami barisan exco telah bersetuju untuk
memilih Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sebagai presiden
yang baharu pada Kongres FAM ke-54, 14 Julai ini,” katanya selepas
Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021
di Wisma FAM sebentar tadi.

 

TMJ meletak jawatan berkenaan selepas genap setahun memimpin badan
induk bola sepak tersebut selepas dilantik ke jawatan itu pada 25 Mac
tahun lalu.

 

Peletakan jawatan itu selepas kecewa dengan segelintir pihak yang
menyalahkan beliau berikutan kejatuhan ranking pasukan negara.

 

Untuk rekod berdasarkan ranking, Malaysia berada di kedudukan 178 dunia setakat 16 Mac lalu.

 

Malaysia sebelum ini menghuni anak tangga ke-175 pada Februari lalu
yang juga merupakan kedudukan terburuk skuad Harimau Malaya.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons