April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 2 April – Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana dipercayai mengetuai sindiket mengutip derma di sekitar Subang Jaya, Selangor ditahan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek datang menyerah diri dan siasatan awal mendapati dia turut mengaku terlibat dengan sindiket tersebut.

“Kes bermula pada 25 Ogos tahun lalu iaitu seorang wanita telah ditangkap kerana mengutip derma daripada orang ramai di perkarangan CIMB, USJ 9, Subang Jaya.

“Seorang lelaki juga ditangkap kerana disyaki bersubahat dengan membawa wanita tersebut menaiki keretanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohammad Azlin, sindiket mengutip derma kononnya untuk pusat jagaan insan istimewa, rumah keba-jikan orang tua dan cacat.

Tambahnya, suspek sudah direman pagi tadi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons