April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Foto Syakirin [email protected]

Pakatan Harapan (PH) menolak dakwaan yang menyatakan ekonomi negara
bakal terjejas teruk sekiranya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
dimansuh.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata PH telah membuat kajian terperinci tentang langkah yang perlu
diambil bagi mengembalikan keseimbangan ekonomi negara selepas GST
dimansuh seperti yang telah dijanjikan dalam Manifesto PH sebelum ini.

Foto Syakirin [email protected]

“Kita bukan membuta tuli nak mansuhkan GST, kita ada pakar yang telah
menganalisa tentang keadaan kewangan negara dan kita tahu
langkah-langkah menyeluruh yang kita akan ambil untuk menggantikan GST.

“Yang penting pendekatan kita tidak akan memberi bebanan kepada
mana-mana pihak,” katanya dalam satu sidang media selepas program Kempen
Rakyat Tolak GST Bersama Presiden PPBM di hadapan kompleks SOGO, Kuala
Lumpur pada Ahad.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata PH akan mengumumkan calon yang
bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

Foto Syakirin [email protected]

Menurut beliau, PH tidak pernah mengenakan sebarang larangan kepada
mana-mana parti komponen untuk mengumumkan calon masing-masing terlebih
dahulu jika mempunyai keperluan untuk berbuat demikian.

“Kita akan umumkan (calon) dalam masa terdekat.

“Tidak apa mana-mana komponen yang sudah selesai untuk umumkan calon
jika perlu, kita juga akan umumkan tidak lama lagi, bukanlah semua
tetapi bergantung kepada mana-mana kawasan yang perlu,” ujar beliau
ketika menjawab soalan mengenai tindakan DAP yang sudah mengumumkan
calon parti tersebut di beberapa kawasan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons