April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Lim Guan Eng yang sedang berdepan dengan kes mahkamah kerana rasuah dan salahguna kuasa, masih lagi melalak dan menyalak tentang GST. Kononnya GST menaikkan harga barang keperluan. Kononnya GST telah menaikkan kos sara hidup. Salah Najib kerana telah memperkenalkan GST yang telah menekan kehidupan rakyat, tuduhnya.

Katanya lagi, mereka yang menentang GST adalah mereka yang paling ‘menderita’ dengan kenaikan harga barangan keperluan. Contoh yang diberikannya adalah MYDIN yang mengalami kerugian kerana rakyat tidak mempunyai kuasa beli yang tinggi walaupun pada masa yang sama, premis-premis perniagaan yang lain termasuklah VICTORIA SECRET diserbu oleh rakyat Malaysia untuk membeli barangan yang tidak perlu, selain peningkatan industri kosmetik. (RUJUK SINI)

Hari ini adalah ‘harijadi’ GST yang kedua di Malaysia. GST di Malaysia telah dikuatkuasakan pada 1 April 2015 menggantikan SST. GST adalah cukai kepenggunaan sebanyak 6% manakala SST adalah cukai jualan 10% dan perkhidmatan 6%. 154 buah negara di dunia telah beralih kepada GST atau VAT berbanding SST.

Benarkah cukai GST yang menaikkan kos sara hidup sepertimana dakwaan Lim Guan Eng?

Hakikatnya, kos sara hidup di Malaysia melambung tinggi hampir serta-merta apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Selangor serta Perak pada tahun 2008. Mengapa ianya berlaku?

Sebaik-baik sahaja DAP mengambilalih pentadbiran tiga buah negeri, DAP telah melaksanakan satu dasar yang sudah tentu akan menaikkan semua kos. Iaitu peningkatan pelbagai jenis cukai. Kita ambil contoh yang berlaku di Pulau Pinang.

Kos-kos pembangunan untuk projek-projek perumahan di negeri itu telah meningkat sebanyak RM130 kaki persegi. Ini mengakibatkan peningkatan harga rumah sehingga rakyat Pulau Pinang hanya mampu melihat, bukannya mampu memiliki rumah. Sebelum itu, caj pembangunan untuk hartanah kediaman adalah RM5 setiap kaki persegi dan RM7 kaki persegi untuk hartanah komersial.

Sebaik-baik sahaja DAP mentadbir negeri, semuanya telah meningkat sebanyak RM15 dan RM21.

Caj untuk surau dan kemudahan komuniti meningkat dari RM25 setiap kaki persegi ketika BN mentadbir kepada RM500 setiap kaki persegi apabila DAP mentadbir. Caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar. Caj tempat letak kereta dari RM15,000 setiap petak kepada RM25,000 setiap petak. Caj perumahan kos rendah daripada tiada ketika BN memerintah kepada sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang ketika DAP mentadbir.

Ketika BN memerintah, tiada caj dikenakan untuk tadika tetapi apabila DAP mengambilalih pentadbiran negeri, tadika dikenakan caj RM500 kaki persegi. BN tidak mengenakan caj untuk menaiktaraf jalan tetapi DAP mengenakan caj sbanyak RM15 sekaki persegi untuk menaiktaraf jalan.

Manakala caj perumahan mampu milik sebanyak RM200,000 per unit (minima 750 kaki persegi) dan RM300,000 per unit (minima 850 kaki persegi, sedangkan ketika BN memerintah, tiada sebarang caj dikenakan.

Bahkan peniaga kecil juga dizalimi apabila caj gerai meningkat daripada RM25 sekaki persegi (RM3000 setiap gerai) kepada RM58,000 bagi setiap gerai (DTL) dan RM35,000 bagi setiap gerai (DBD)! (RUJUK SINI)

Kenaikan caj-caj yang melampau ini PERLU DAN WAJIB ditanggung oleh rakyat bukannya pemaju perumahan. Sekaligus ia menjadi penyebab utama kepada kenaikan kos sara hidup apabila semua perkara yang berkaitan dan tidak berkaitan akan dinaikkan harga.

Kenaikan kos sara hidup dan harga barangan adalah secara ketara bermula pada tahun 2008 apabila DAP memperkenalkan dasar-dasar pemerasan yang begitu zalim seperti ini. GST yang diperkenalkan pada tahun 2015 sebaliknya telah dijadikan kambing hitam oleh Lim Guan Eng, semata-mata untuk menutup punca sebenar kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh caj-caj melampau yang menjadi dasar parti DAP dan Pakatan!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons