April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan logo PKR sebagai lambang rasmi gagasan pembangkang itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 

Sumber PKR memaklumkan kepada Antarapos, konsensus penggunaan logo PKR dicapai atas dasar realiti politik iaitu, PKR antara parti ‘senior’ dalam gagasan pembangkang itu. 

“Nampaknya, lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) diterima untuk dijadikan simbol, ‘common logo’. Jadi kita bagi, berdepan sahajalah, lagi pun parti kita (PKR) antara yang senior. Saya rasa amat wajarlah menggunakan logo tersebut kerana kita telah ada dalam medan agak (lama) 20 tahun,” katanya kepada Antarapos. 

Pada 27 Februari lalu, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, pembangkang akan menggunakan lambang salah sebuah parti komponen ekoran Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sehingga kini tidak meluluskan pendaftaran gagasan itu.

RoS memaklumkan pada 23 Mac lalu, pendaftaran PH gagal diproses ekoran berpunca daripada PPBM yang masih belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

Sumber yang juga pimpinan tertinggi parti reformasi itu menjelaskan, logo PKR digunakan sebagai logo tunggal PH diyakini memandangkan parti itu sudah dikenali sebahagian besar masyarakat.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons