April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

GEORGETOWN: Polis mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng,
hari ini bagi membantu siasatan kes menghasut kanak-kanak supaya
membenci kerajaan ketika program pelancaran kelas tuisyen dekat
Jelutong, baru-baru ini.

 

Dua pegawai Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dari Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dilihat memasuki pejabat Guan Eng
di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, pada jam 2.15 petang
tadi.

 

Mereka kemudian mengambil keterangan Guan Eng yang diiringi peguamnya, RSN Rayer, bermula jam 2.55 petang.

 

Sumber berkata, rakaman percakapan itu diambil bagi melengkapkan
siasatan berhubung kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

“Setakat ini, beberapa pihak sudah dipanggil untuk memberi keterangan
berhubung kes itu dan kita akan melengkapkan kertas siasatan
mengenainya,” katanya.

 

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik
membuat laporan polis ke atas Guan Eng kerana didakwa berpolitik
menggunakan kanak-kanak ketika merasmikan sebuah pusat tuisyen di
Jelutong pada 17 Mac lalu.

 

Pada acara itu, Guan Eng menyanyikan lagu bermelodi ABC yang diubah
liriknya kepada GST dan berbaur politik itu ketika melancarkan Pusat
Tuisyen Rakyat di Flat Mutiara Idaman 2, Jelutong, di sini.

 

Rakaman video berdurasi 32 saat yang menunjukkan Guan Eng menyanyikan
lagu terbabit di hadapan murid sekolah itu viral di media sosial dan
mendapat pelbagai reaksi tetapi kebanyakannya menyelar tindakan
terbabit.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons