April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kamera sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di laluan utama menghala ke Kampung Bukit Kecil.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kotak yang dikatakan kamera AES itu hanyalah kotak meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi lampu hiasan jalan milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, Bahagian Elektrik, MBKT telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan bersetuju untuk mengecat biru kotak berkenaan berserta logo MBKT bagi mengelak kekeliruan.

“Kita dah maklum mengenai perkara ini dan selepas ini pihak MBKT akan ambil langkah untuk mengecat baharu kotak meter itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna terutama pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

SUMBER: 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons