April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 2 April.- Pelakon Yatt Hamzah, 38, selamat melahirkan anak ketiganya semalam di sebuah hospital swasta.

Menerusi laman Instagram miliknya, Yatt turut berkongsi rasa syukur dapat melahirkan anak perempuannya ini secara normal walaupun menanggung sakit bersalin hampir 12 jam.

“Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara NORMAL di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.

“Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah.Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini,” tulisnya.

Sementara itu pernikahan Yatt dengan Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 2016 turut dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima yang kini berusia 1 tahun.

Melalui perkahwinan pertamanya Yatt juga mempunyai seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika yang kini berusia 8 tahun.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons