April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Keceluparan PAS membangkitkan isu berkaitan dengan peruntukan ADUN di Selangor sebelum ini jelas mewujudkan tekanan kepada pemerintahan Rejim Pakatan pimpinan Azmin.

Nak pulak apabila PAS menghantar surat terbuka kepada DYMM Sultan Selangor agar baginda turut mengambil berat terhadap tindakan diktator yang dilakukan oleh Rejim Azmin itu.

Keadaan itu membuatkan Azmin berada dalam keadaan yang sangat terdesak, disamping dihimpit dengan isu berkaitan tanah peneroka di Ijok yang masih GAGAL dijelaskan sehingga kini.

Maka, jalan keluar sementara yang dapat difikirkan oleh Azmin ialah dengan memberikan ‘Gula – Gula’ kepada sebahagian daripada ADUN PAS Selangor agar mereka menutup mulut.

Tapi realitinya, tidak semua ADUN PAS Selangor itu yang mendapat ‘Gula – Gula’ dari Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Azmin Ali tu. Sebaliknya, hanya segelintir sahaja yang memperolehinya.

Jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh Rejim pemerintahan Azmin Ali ni tak lebih dari sekadar ‘Wayang Politik’ untuk menutup skandal berkaitan dengan peruntukan tersebut.

Mungkin Rejim pemerintahan Azmin Ali ingat, dengan memberikan sebahagian peruntukan kepada beberapa orang pemimpin tertentu dalam PAS boleh membuatkan rakyat lupa tindakan zalim mereka itu.

Apa yang jelas, tindakan Rejim pemerintahan Azmin Ali itu membuktikan bahawa mereka tidak benar – benar ikhlas nak menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, mereka cuba nak memperbodohkan rakyat dengan taktik Politik Longkang sedemikian rupa!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons