April 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tentera sendiri susulan gesaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuainya.

Beliau berkata ini adalah perkembangan yang mengecewakan memandangkan angkatan tentera dan pasukan polis sepatutnya melafazkan taat setia mereka kepada Raja-raja Melayu dan negara.

“Itu bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana angkatan tentera mestilah setia kepada Raja dan negara. tapi sekarang kita dapati bahawa tentera kita akan setia kepada Najib dan kerajaan.

“Bermakna Najib sekarang sudah ada tentera dia sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini. – mk



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons