April 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Seorang bekas pengasas PPBM mempertikaikan tindakan Muhyiddin Yassin yang cuba menyekat ahlinya daripada bersuara dan menyatakan kepincangan yang berlaku dalam parti serpihan Umno itu.

Kamarul Azman Habibur Rahman menyifatkan tindakan mahu memecat ahli-ahli PPBM yang mempersoalkan kesahihan dokumen yang dihantar kepada RoS sebagai tidak selari dengan perjuangan yang dibawa parti itu. 

“Apabila Muhyiddin dipecat dari Umno dahulu, kemudian beliau kononnya mahu memperjuangkan keterbukaan dan hak besuara sekiranya beliau berjaya menubuhkan kerajaan bersama PH.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah dimana ahli PPBM sendiri belum apa-apa lagi tidak boleh mempertikaikan apa yang pucuk kepimpinan lakukan.

“Jelas menunjukkan apa yang diperkatakan tidak benar dan inilah bahaya yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin seperti Muhyiddin sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan,” katanya kepada Antarapos.

Semalam Muhyiddin mahu memecat ahlinya ekoran mempertikaikan kesahihan dokumen yang diserahkan parti itu kepada RoS dan menyelar mereka sebagai ‘bodoh’ kerana tidak melihat dan memahami dokumen berkenaan tetapi mahu mempertikaikannya.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons