April 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Negara China teroka ribuan hektar tanah buka dusun durian Musang King di Bentong, Raub?

Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) Khaidir Ahmad
mendedahkan Negara China sedang memonopoli ribuan hektar tanah dengan
membuka dusun durian Musang King di Bentong dan Raub, Pahang.

Aktiviti penanaman durian klon popular yang mendapat pulangan
menguntungkan kepada pengusahanya itu telah dilakukan sejak tujuh tahun
lalu tanpa pengetahuan banyak pihak, dakwanya.

“Sebelum buah Durian Moasang King berada di pasaran, mereka sudah menanamnya tujuh tahun sebelum itu tanpa pengetahuan kita.

“Selepas dua dekad menembusi pasaran Negara China, ramai dalam kalangan mereka sudah bergelar ‘Jutawan Moasang King’.

“Selepas harganya mencecah RM250 sekilo di Negara China, baru kita
nak mula tanam, sedangkan ‘Raja Buah’ ini asal-usulnya kita yang mula
tanam di tanah kita.

Khaidir Ahmad menunjukkan kawasan Kampung Baru Sang Lee seluas 20 ekar di mana terdapatnya kawasan kebun durian Musang King.

“Sekarang khabarnya, Cina dari Negara China sudah mula membeli ribuan
hektar tanah di Bentong dan Raub untuk membuka dusun Moasang King
mereka sendri.

“Sekali lagi Cina untung besar apabila tanah-tanah kosong yang
sebelum itu cuma berharga kurang RM100,000 seekar, kini ditawarkan
melebihi RM200,000 seekar manakala tanah yang berstatus Dusun Moasang
King dibeli dengan harga melebihi RM500,000 seekar,” ujarnya dalam
tulisan di facebook hari ini.

Khaidir yang juga bekas editor penyiaran di sebuah stesyen televisyen
turut mendakwa kebanyakkan tanah-tanah ini dahulunya diteroka secara
haram dan kemudian diberi hakmilik oleh Kerajaan Negeri atas desakan
politik.

Oleh itu dakwanya lagi, telah wujud beberapa kampung baru di Bentong
dan Raub yang mengambil nama bersempena dengan nama raja buah itu yang
mana beliau turut memuatnaik beberapa keping foto berkaitannya antaranya
Kampung Baru Sang Lee di Bentong, Kampung Baru Sungai Chetang dan
Kampung Baru Tras di Raub.

” Durian kita masih durian kampung yang harganya cuma belasan Ringgit
sekilo, tanah kita kebanyakkannya masih berstatus tanah terbiar yang
harganya di bawah RM50,000 seekar manakala kampung kita pula masih
berstatus kampung tradisional yang semakin sepi.

“Jangan salahkan mereka atau sesiapa… salahkanlah diri kita yang malas berbudi kepada tanah dan gagal mencari peluang,” ujarnya.

Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang,
Mohd Auzaie Komarudin dalam satu kenyataan dipetik berkata, ciri-ciri
utama durian Musang King (D197) yang didaftarkan di Jabatan Pertanian
pada 1993 juga dikenali sebagai Raja Kunyit.

Musang King mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi,
sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada
kulit.

Masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao
Shan Wang, yang bermaksud ‘raja kucing gunung’ iaitu merujuk kepada
bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur.

Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ‘Mao
Shan’ ditukar kepada sebutan Musang dan ‘Wang’ ditukar kepada King
sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons